Saturday 12 May 2012

Sambut Hari Ibu – Haram Ke Tidak Sebenarnya ?


Femes soalan ni minggu ini. Baguslah,dari sebahagian aspek, sedikit sebanyak berkurang sikap orang kita yang suka bertindak tanpa menyiasat hukum hakam sesuatu perbuatan,atau kesahihan berita dalam menyebarkan.
Ramai orang confuse,depa tak tahu pasal hari ibu ni,haram ke halal ? Rasanya isu ni setiap tahun pon sama,harini explain,tahun depan tanya lagi.Bertanya tu bagus,tapi jenih tamo lekat dalam kepala otak tu susah jugak.
Ada orang kata ulamak ni kata haram, ulamak ni kata halal,mana satu ni ? Padahal nak kata depa tu sesat, takde la jugak. Yang berkata – kata itu semua orang cerdik pandai.

Dalil Ustaz Azhar Idrus Dalam Menyambut Hari Ibu

Ustaz azhar mengatakan haram sambut hari ibu kerana sejarah hari ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Churh iaitu ketua segala gereja
Ustaz azhar idrus juga menyatakan satu sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

Wanita Solehah Kekasih Allah

Perempuan y suci adlh
perempuan y dijaga oleh ALLAH,
tdk sedikit pun ALLAH m'bnrkn mn2 lelaki m'yentuh dirinya wlaupun hatinya...
Krn ALLAH tramt mencintainya...
Tetpi andai kita brgelumng dgn cinta lelaki,
Di mana ALLAH utk m'jaga kita?
ALLAH sprti mlepskan kita kepada seorang manusia y lebih banyak mengecewakan kita"
"Jika ALLAH dtgkn kesedaran dalam diri supaya m'ninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali utk dijagaNYA.
Mengapa masih ragu2?"
"kekuatan usah di tunggu tapi harus di cari"
Hargailah di atas kesempatan y ALLAH berikan...

Friday 11 May 2012

LELAKI yang baik untuk PERAMPUAN yang baik

Lalaki pandang la wanita kerana kecantikan akhlaknya..perempuan pandanglah lelaki kerana kecantikan budi bahasanya..lelaki pandanglah perempuan yang baik kerana menjaga auratnya..perempuan pandanglah lelaki yang baik kerana menjaga ibadahnya..lelaki pandanglah perempuan kerana sifat penyayangnya..perempuan pandanglah lelaki kerana sifat marahnya yang mempertahankan agamanya..

Wednesday 9 May 2012

kemungkaran...

sedih rasanya apabila hanya dapat menjadi penonton kepada kemungkaran yang berlaku di depan mata tanpa dapat berbuat apa-apa....lalu apakah yang akan aku jawab dihadapn Allah nanti..di mana buktian kata-kata cinta yang aku lontarkn kepada-Nya..maka bagaimana pula kecewanya kekasihku Muhammad apabila mengetahui betapa lemah umatnya yang satu ini..bisu dalam bicara....

Tuesday 8 May 2012

cintai allah

 Pabila dua insan menyintai Tuhan yang SATU,
Maka mudahlah bagi mereka untuk berSATU ♥
Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
... Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..
Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^^ 


 Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^^,
Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
"Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat."
kite boleh bercinta dgn wanita itu jika kite nak kawin dgn dia... luah perasaan pada wanita itu... tp bercinta biar ada batas pergaulan... kite agama ISLAM kan...

lelaki sejati..

❤  Wahai sahabatku. Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara...

cinta itu milik Allah ^_^

~Cinta adalah milik ALLAH, perginya cinta dengan izin ALLAH, hilangnya cinta atas kehendak ALLAH, dicintai dan mencintai adalah anugerah ALLAH dan jadikanlah cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk meraih cinta ALLAH kerana itulah cinta HAKIKI

Monday 7 May 2012

semua yang berlaku didunia ini seimbang tiada lebih dan tiada yang kurang

Setiap kejadian ada hikmahnya..setiap perbuatan ada balasanya..setiap yang baik ada buruknya..setiap masalah ada jalan keluarnya..setiap penyakit ada ubatnya..setiap yang hidup akan mati~~
#jadi semua yang berlaku didunia ini seimbang tiada lebih dan tiada yang kurang?

diri ku hanya manusia biasa tidak akan lari dari melakukan dosa

Jika dosa ku ibarat kayu diatas bahu ku pasti diri ku tidak mampu berjalan lagi.. Jika dosa ku ibarat padi disebuah ladang pasti diri ku tidak dapat mengira berapa dosa ku.. Jika dosa ku ibarat tasik yang luas pasti diri ku tidak dapat minum kesemua air itu bagi memhapus dosa ku..

#diri ku hanya manusia biasa tidak akan lari dari melakukan dosa. :)

Tuesday 31 January 2012

Cinta Agong

cinta,org boleh gila kerana cinta.org boleh buta kerana cinta.org boleh merana kerana cinta.tetapi ingatlah cinta yg paling tinggi nilainya ialah cinta kepada maha pencipta kerana cinta ini la kita boleh mencapai kejayaan dunia dan akhirat jadi selalulah menyebut namanya..